Sunday, July 26, 2009

juadah masyarakat bugis d pagi raya

Masyarakat Bugis telah berhijrah ke Sabah seawal tahun 1680an. Antara petempatan awal bugis adalah Tawau yang diasaskan oleh Puado. Kalau daerah Penampang terkenal dengan suku KDM, Kota Belud-Semporna terkenal dengan suku Bajau, Papar-Beafourt terkenal dengan suku Brunei, Bandar terkenal dengan Cina. Manakala di Tawau sangat terkenal dengan Masyarakat Bugis. Dari tawau, masyarakat bugis berhijrah ke Kunak, Lahad Datu, Sandakan, Telupid, Kota Kinabalu dan Keningau.

Kalau kita ingat pemain bola sepak Sabah yang menempah nama di peringkat kebangsaan iaitu Matlan Marjan cicit kepada Petta Lana, juga merupakan keturunan Bugis yang kini bertebaran di Kota Belud . Maksudnya, suku bugis boleh ditemui dimana-mana di negeri Sabah.

Jika kita pergi beraya, agak mudah untuk mengenali rumah orang Bugis. Amalan biasa dihari raya pertama, juadah yang “wajib” dihidangkan ialah makanan rasmi masyarakat bugis iaitu Tumbu dan Buras serta Nasu Likku. Bagaimana bentuk-rasa makanan itu, silalah datang berkunjung ke rumah orang Bugis

Dari atas : nasu likku', tumbu', buras

Dari Kiri : Buras 4 segi, Palopo-Sokko, Sawa'

- nyam..nyam..nyam...

- maw?jemput datang rumahku time raya...hehehehe

1 comment: