Seperti yang kita semua sudah sedia maklum, Microsoft sejak dari dahulu lagi berusaha untuk mengatasi Google dalam apa jua hal termasuklah dalam hal “search” ataupun enjin carian ini.
Dan sekarang iaitu pada tahun 2009, Microsoft sudah pun “menyerang” dunia internet dengan enjin cariannya yang dinamakan BING. BING telah menjadi pertaruhan terbesar untuk Microsoft dalam menarik perhatian pengguna internet. Bukan itu sahaja, BING juga telah dijadikan sebagai satu wadah pengiklanan terbaik untuk Microsoft “mengacau daun” Google selaku otai dalam internet advertising.
Kalau di ikutkan dari sejarah Google, memang banyak syarikat ataupun organisasi yang ingin mencuba nasib dalam menarik perhatian pengguna internet. Masing-masing come up dengan enjin carian yang pelbagai gaya dan rupa. Ada yang meletakkan harapan menggunung pada enjin carian mereka dan ada pula yang hanya sekadar suka-suki sahaja.
cuil-logo.JPG
Antara enjin carian yang agak hangat diperkatakan sebelum ini ialah Cuil.com. Walaupun ramai yang suka pada Cuil.com, tapi pada aku terlalu banyak yang perlu dipertingkatkan oleh Cuil sendiri. Lihatlah pada paparan utamanya yang gelap, secara rambangnya sangatlah tidak mengujakan. Di tambah pula dengan results page yang tidak dramatik, mungkin sebab itu jugalah Google tidak ambil port terhadap Cuil ini. Begitu juga aku… mencuba pernah tapi memang tak guna Cuil.
bing-vs-google.JPG
Tapi lain halnya apabila BING muncul. Kalau sebelum ini Google tak heran dengan enjin carian baru yang muncul, tapi kali ini BING benar-benar membuatkan punggung Google panas. Kalau tidak, masakan founder Google sendiri si Serghey tu bersusah payah form satu team khas untuk memperbaiki enjin carian mereka yang telah sedia ada. Memang dia terpaksa buat macam tu sebab ternyata BING lebih kompetitif!
Adakah kamu semua sudah explore 100% kelebihan BING?
Jika belum ambillah masa untuk explore semua mengenai BING. Walaupun kita tidak tahu sejauh mana kebolehan BING, tapi memang BING seronok untuk diguna. Tidak payahlah aku terangkan di sini kerana kamu boleh mencubanya sendiri.
Sebenarnya memang ada bagusnya juga kalau BING menerokai dan mengacau pasaran Google. At least, Google tidak boleh conquer dunia search engine dan internet advertising lagi selepas ini. Siapa tahu selepas ini akan wujud program BingSense yang dibuat khusus seperti Google Adsense.
Malaysia bakal lahirkan 60,000 pemegang PhD 2023
14 years ago
salam. ini paleknya blog orang bugik ya hehe
ReplyDelete